Sistem pengurusan pembelajaran merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu institusi pembelajaran. Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu para pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu pengetahuan, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan, ulang kaji dan peperiksaan. Sistem ini biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti, institut atau kolej. Kaedah ini amat memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di institut berkenaan. Dalam pada itu, sistem ini juga digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sistem ini amat menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar serta memudahkan para pensyarah untuk menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tentang Saya Hai semua! Blog ini pada asalnya diwujudkan sebab ada kaitan dengan kerja kursus semasa belajar dulu. Nak delete blog, sayang...
-
Sejarah Tahun 4 bertemakan 'Sejarah Awal Negara' dan mengandungi 5 tajuk utama serta 11 unit keseluruhannya. TAJUK 1 : MARI BELA...
-
Pelajar harus tahu mengambil nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan semasa mengulang aji peperiks...
-
Perisian utility adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan mambantu memastikan kelancaran perkakasan computer, sistem pengendal...
No comments:
Post a Comment