REFLEKSI BAB 5 : KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

Pelajar harus tahu mengambil nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan semasa mengulang aji peperiksaan. Antara perkara yang utama ketika mencatat nota yang efektif ialah mengetahui idea utama, mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis, menggunakan cara yang sesuai , menggunakan cara menulis nota bentuk grafik, menggunakan perkataan sendiri dan mencatat sumber maklumat yang diperoleh.

Antara cara membuat nota yang biasa digunakan untuk mencatat nota iaitu annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan. Annotation ialah nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting, kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah. Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau focus tajuk yang dibincangkan. Outline notes ialah nota yang disediakan dalam bentuk points dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Nota ini menyenaraikan point utama dan subpoint. Manakala pula, column notes ialah nota yang dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. Kolum sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk manakala kolum di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk. Akhir sekali ialah nota rumusan. Nota rumusan ialah nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau yang didengari bukannya membuat ringkasan.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa alat berfikir yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Alat berfikir juga digunakan dalam penulisan dan penyediaan nota. Alat berfikir berkenaan adalah seperti pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-think, teknik menyoal aras tinggi , alat-alat cort 1 dan alat-alat cort 5 (pemikiran kreatif).

Pengurusan grafik membantu guru dan pelajar memvisualkan apa yang difikirkan berkaitan isi kandungan sesuatu teks atau bahan pembelajaran. Ia merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang digunakan untuk mewakili perhubungan antara maklumat berkaitan sesuatu idea atau fokus. Peta minda dapat membantu menjimatkan masa untuk mengulang kaji subjek yang dipelajari dan memberi kefahaman yang lebih cepat melalui gambar rajah konsep berbentuk grafik dan ia juga membantu meningkatkan daya ingatan. Pemetaan i-think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kea rah menghsilkan murid yang berinovasi. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. Peta pemikiran ini mengandungi lapan peta pemikiran iaitu circle map, bubble map, double bubble map, tree map, flow map, brace map, multiflow map dan bridge map.



Teknik menyoal aras tinggi digunakan untuk menggalakkan KBAT. KBAT ketika ini berasaskan domain kognitif dalam Taksonomi Bloom iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mencipta dan menilai.  Alat-alat cort 1 merupakan salah satu daripada enam alat berfikir secara kreatif dan lateral. Ia bertujuan untuk menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang sedang difikirkan supaya apa jua yang dibuat akan lebih berkesan. Manakala alat-alat cort 4 ialah kemahiran berfikir secara kreatif. Berfikiran kreatif membantu seseorang individu untuk meningkatkan kualiti kehidupan dengan pelbagai peluang, ruang, dimensi dan perpspektif baharu dan asli. Kreativiti merupakann keupayaan berfikir secara normal dalam diri seseorang. 

No comments:

Post a Comment

  Tentang Saya Hai semua! Blog ini pada asalnya diwujudkan sebab ada kaitan dengan kerja kursus semasa belajar dulu. Nak delete blog, sayang...