Setiap pelajar memerlukan maklumat semasa melakukan sesuatu
tugasan. Khalid (2000) mendefinisikan maklumat sebagai input yang diproses
secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di mana ilmu pengetahuan
dapat menyelesaikan masalah atau membantu membuat keputusan. Maklumat boleh
diperoleh dalam pelbagai bentuk seperti manusia, media elektronik, media
bercetak, media tiga dimensi dan persekitaran. Saya juga telah mengetahui
panduan untuk mendapatkan maklumat seperti yang dinyatakan dalam Laman Web Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia (USM); kenal pasti maklumat yang dikehendaki, kenal
pasti bentuk maklumat yang diperlukan, kenal pasti cara untuk mendapatkan
maklumat berkenaan, membuat penilaian ke atas maklumat yang diperoleh dan menyenaraikan
bahan rujukan yang digunakan.
Para pelajar harus tahu mengurus maklumat secara sistematik
supaya memudahkan pelajar untuk menggunakan maklumat tersebut sebagai rujukan
ataupun ingin mengubah atau membuat penambahbaikan maklumat. Maklumat terdapat
dalam dua bentuk iaitu hard copy dan soft copy. Hard copy adalah maklumat dalam
bentuk bahan cetakan seperti buku, jurnal dan kamus. Manakala pula, soft copy
dalam bentuk e-book, e-jurnal dan sebagainya. Dalam pada itu maklumat juga
terbahagi kepada maklumat yang diperoleh secara formal dan tidak formal. Maklumat
dalam facebook, blog dan diari adalah contoh maklumat yang tidak formal dan
maklumat yang formal ialah maklumat dalam tesis, jurnal, laporan dan
sebagainya.
Dalam pada itu, maklumat terbahagi kepada dua jenis sumber
maklumat iaitu sumber primer dan primer sekunder. Sumber primer ialah maklumat
asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, permerhatian dan
analisis dokumen. Sumber sekunder pula
ialah sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer.
Contoh sumber sekunder ialah maklumat yang terdapat dalam buku teks, majalah
dan akhbar.
No comments:
Post a Comment