REFLEKSI BAB 4 : TEKNIK MEMBACA

Sebagai seorang pelajar IPG, membaca amat penting dalam menambahkan ilmu pengetahuan sebagai seorang pendidik supaya dapat menyalurkan ilmu yang dipelajarinya kepada anak-anak murid kelak.
Membaca penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu topic. Membaca merupakan satu proses yang kompleks melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui bahan tulisan seperti buku, ajalah, akhbar dan jurnal. Terdapat dua cara pembacaan iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan.

Pembacaan cepat biasanya digunakan apabila pembaca ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel berkenaan sesuai atau tidak dengan apa yang diingini mengikut keperluan. Dua jenis teknik bacaan cepat iaitu luncuran dan imbasan. Pembacaan cepat digunakan untuk memilih bahan mengikut sumber yang sesuai iaitu mengikut kehendak dan keperluan soalan, memilih maklumat yang sesuai dengan tajuk, mengkategorikan maklumat yang subtajuk yang telah ditetapkan, mendapatkan gambarn keseluruhan teks yang dibaca dan memilih tajuk yang diteroka dalam sesebuah buku akademik.



Pembacaan perlahan juga dikenali sebagai bacaan secara kritis. Teknik bacaan ini terdiri daripada dua teknik iaitu teknik K-W-L-H (KNOW, WANT, LERANED, HOW) dan teknik SQ3R (SURVEY, QUESTION, READ, RECITE, REVIEW). Dalam pada itu, pembacaan perlahan digunakan untuk memahami secara mendalam teks yang dibaca, memilih maklumat yang sesuai untuk dibincangkan dalam penulisan esei, membuat penerokaan ke atas tajuk yang dibaca, meningkatkan daya ingatan ke atas topic yang dipelajari dan diterokai dan membantu pelajar menghadapi peperiksaan. 

No comments:

Post a Comment

  Tentang Saya Hai semua! Blog ini pada asalnya diwujudkan sebab ada kaitan dengan kerja kursus semasa belajar dulu. Nak delete blog, sayang...