Perisian utility adalah perisian sokongan atau bantuan yang
berperanan mambantu memastikan kelancaran perkakasan computer, sistem
pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian computer adalah program-program,
dokumentasi pengguna, dokumentasi sistem dan data konfigurasi. Antara perisian
tersebut ialah disk scanner, disk defragmenter, virus scanner, file
compression, file converter, screen capture, wireless networking tools, online
file sharing and storage tools, downloading tools, presentation tools dan disc
burning tools.Perisian pemprosesan perkataan adalah perisian yang
digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan. Ia digunakan
untuk mengarang, memformat, menyunting dan mencetak dokumen.
Contohnya, MS
Word. Ia digunakan untuk menaip teks, menyunting, menyediakan jadual, melukis
grafik, memasukkan foto, memilih tema, carta, word art dan beberapa kemudahan
yang digunakan untuk menghasilkan penulisan yang menarik.Selain itu, perisian hamparan kerja adalah perisian yang
digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numerik. Ia digunakan untuk
menganalisis data seperti purata, jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah.
Contohnya, MS Excel.
Perisian persembahan elektronik adalah perisian yang
digunakan untuk membina dan menghasilkan slaid atau persembahan elektronik yang
diingini. Bahan persembahan boleh dihasilkan menggunakan blank presentation,
design template dan from aotucontent wizard. Contoh perisian persembahan
elektronik ialah MS Powerpoint.Perisian pangkalan data yang biasa digunakan ialah MS
Access. Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun,
biasanya dalam bentuk elektronik. Selepas belajar topik ini, saya mampu untuk menggunakan aplikasi perisian komputer untuk membuat tugasan-tugasan harian.
No comments:
Post a Comment