Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan para pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. Misalnya, penyesuaian sosial di IPG ialah pelajar mampu berinteraksi dengan orang lain di IPG untuk memperoleh kepuasan dalam usaaha memenuhi kehendak dan keperluan IPG. Antara penyesuaian pelajar di IPG ialah dari cara belajar, kehidupan, penilaian dan pentaksiran. Penyesuaian ini memerlukan kemantapan dalam kemahiran interpersonal dan intrapersonal supaya dapat mengadaptasi suasana pembelajaran di IPG. Kemahiran interpersonal terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami perasaan seseorang individu lain. Seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran ini amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara dan golongan ini juga boleh menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan mudah.Manakala pula, kemahiran intrapersonal merupakan kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda semua. Contoh kemahiran ini iaah tingkah laku terpuji, berkeyakinan tinggi, bersifat positif, berbudi bahasa dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tentang Saya Hai semua! Blog ini pada asalnya diwujudkan sebab ada kaitan dengan kerja kursus semasa belajar dulu. Nak delete blog, sayang...
-
Sejarah Tahun 4 bertemakan 'Sejarah Awal Negara' dan mengandungi 5 tajuk utama serta 11 unit keseluruhannya. TAJUK 1 : MARI BELA...
-
Pelajar harus tahu mengambil nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan semasa mengulang aji peperiks...
-
Perisian utility adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan mambantu memastikan kelancaran perkakasan computer, sistem pengendal...
No comments:
Post a Comment