REFLEKSI BAB 6 : KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari. Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan. Terdapat pelbagai maklumat yang perlu dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.

Maklumat dalam bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus. Tujuannya supaya data- data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas. Antara beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor ialah jadual. Jadual merupakan cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat bernombor. Graf diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor. Tujuannnya adalah supaya data-data yang diperoleh dapat dianalisiskan kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan kajian.

Seterusnya, terdapat dua cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan atau maklumat iaitu maklumat dalam bentuk tkes, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya. Mentafsir teks adalah memberikan penerangan tentang pola ata perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat. Manakala mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan cirri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.  Tafsiran dilakukan mengikut pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam diri pentafsir. Tafsiran berbeza mengikut pantafsir kerana mereka mempunyai pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berbeza. Selain itu, tafsiran juga berbeza kerana setiap pentafsir mempunyai pandangan, nilai dan prinsip yang berbeza. Tafsiran juga berbeza mengikut keperluan dan kehendak pentafsir.

Kemudian, kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan. Membuat kesimpulan ke atas data dan teks adalah lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan. Manakala kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan penafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya. Walaubagaimanapun, setiap kesimpulan yang dibuat mempunyai bukti daripada maklumat yang telah dianalisis dan ditafsirkan. Kesahan dan kebolehpercayaan hasil dan tafsiran data ditunjukkan supaya kesimpulan dapat dibuat dengan tepat mengikut maklumat yang diperoleh.

Dalam penilaian maklumat, pelajar harus tahu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.  Membuat penilaian dalam penulisan adalah membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap. Setelah semua maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif dianalisis dan ditafsirkan, kesimpulan dibuat berdasarkan hasil analisis dan tafsiran yang telah dilakukan. Akhirnya, maklumat berkenaan akan melalui proses penilaian. Menilai maklumat merupakan pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan. Penilaian menjadi lebih manta papa bila penulis mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkaitan isu yang dibincangkan.



Yang terakhir sekali ialah mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis. Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi. Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu  secara menyeluruh. Selain itu, sintesis juga adalah menggabung idea, menggubahkan semula idea dan menyatukan idea. Mensistesis menjadikan data dalam bentuk baharu dan bersepadu.

No comments:

Post a Comment

  Tentang Saya Hai semua! Blog ini pada asalnya diwujudkan sebab ada kaitan dengan kerja kursus semasa belajar dulu. Nak delete blog, sayang...