REFLEKSI BAB 10 : PENYESUAIAN SOSIAL

Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan para pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. Misalnya, penyesuaian sosial di IPG ialah pelajar mampu berinteraksi dengan orang lain di IPG  untuk memperoleh kepuasan dalam usaaha memenuhi kehendak dan keperluan IPG. Antara penyesuaian pelajar di IPG ialah dari cara belajar, kehidupan, penilaian dan pentaksiran. Penyesuaian ini memerlukan kemantapan dalam kemahiran interpersonal dan intrapersonal supaya dapat mengadaptasi suasana pembelajaran di IPG. Kemahiran interpersonal terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami perasaan seseorang individu lain. Seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran ini amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara dan golongan ini juga boleh menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan mudah.Manakala pula, kemahiran intrapersonal merupakan kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda semua. Contoh kemahiran ini iaah tingkah laku terpuji, berkeyakinan tinggi, bersifat positif, berbudi bahasa dan sebagainya.


REFLEKSI BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum. 

REFLEKSI BAB 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Sistem pengurusan pembelajaran merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu institusi pembelajaran. Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu para pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu pengetahuan, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan, ulang kaji dan peperiksaan. Sistem ini biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti, institut atau kolej. Kaedah ini amat memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di institut berkenaan. Dalam pada itu, sistem ini juga digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sistem ini amat menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar serta memudahkan para pensyarah untuk menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran.

REFLEKSI BAB 7 : APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

Perisian utility adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan mambantu memastikan kelancaran perkakasan computer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian computer adalah program-program, dokumentasi pengguna, dokumentasi sistem dan data konfigurasi. Antara perisian tersebut ialah disk scanner, disk defragmenter, virus scanner, file compression, file converter, screen capture, wireless networking tools, online file sharing and storage tools, downloading tools, presentation tools dan disc burning tools.Perisian pemprosesan perkataan adalah perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan. Ia digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting dan mencetak dokumen. 

Contohnya, MS Word. Ia digunakan untuk menaip teks, menyunting, menyediakan jadual, melukis grafik, memasukkan foto, memilih tema, carta, word art dan beberapa kemudahan yang digunakan untuk menghasilkan penulisan yang menarik.Selain itu, perisian hamparan kerja adalah perisian yang digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numerik. Ia digunakan untuk menganalisis data seperti purata, jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah. Contohnya, MS Excel.

REFLEKSI BAB 6 : KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari. Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan. Terdapat pelbagai maklumat yang perlu dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.

Maklumat dalam bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus. Tujuannya supaya data- data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas. Antara beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor ialah jadual. Jadual merupakan cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat bernombor. Graf diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor. Tujuannnya adalah supaya data-data yang diperoleh dapat dianalisiskan kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan kajian.

REFLEKSI BAB 5 : KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

Pelajar harus tahu mengambil nota yang baik dapat membantu pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan semasa mengulang aji peperiksaan. Antara perkara yang utama ketika mencatat nota yang efektif ialah mengetahui idea utama, mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis, menggunakan cara yang sesuai , menggunakan cara menulis nota bentuk grafik, menggunakan perkataan sendiri dan mencatat sumber maklumat yang diperoleh.

Antara cara membuat nota yang biasa digunakan untuk mencatat nota iaitu annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan. Annotation ialah nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting, kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah. Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau focus tajuk yang dibincangkan. Outline notes ialah nota yang disediakan dalam bentuk points dengan menggunakan perenggan, nombor atau perkataan. Nota ini menyenaraikan point utama dan subpoint. Manakala pula, column notes ialah nota yang dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum. Kolum sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk manakala kolum di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan kepada tajuk dan subtajuk. Akhir sekali ialah nota rumusan. Nota rumusan ialah nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca atau yang didengari bukannya membuat ringkasan.

REFLEKSI BAB 4 : TEKNIK MEMBACA

Sebagai seorang pelajar IPG, membaca amat penting dalam menambahkan ilmu pengetahuan sebagai seorang pendidik supaya dapat menyalurkan ilmu yang dipelajarinya kepada anak-anak murid kelak.
Membaca penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu topic. Membaca merupakan satu proses yang kompleks melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui bahan tulisan seperti buku, ajalah, akhbar dan jurnal. Terdapat dua cara pembacaan iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan.

Pembacaan cepat biasanya digunakan apabila pembaca ingin memilih artikel sama ada bahan dalam artikel berkenaan sesuai atau tidak dengan apa yang diingini mengikut keperluan. Dua jenis teknik bacaan cepat iaitu luncuran dan imbasan. Pembacaan cepat digunakan untuk memilih bahan mengikut sumber yang sesuai iaitu mengikut kehendak dan keperluan soalan, memilih maklumat yang sesuai dengan tajuk, mengkategorikan maklumat yang subtajuk yang telah ditetapkan, mendapatkan gambarn keseluruhan teks yang dibaca dan memilih tajuk yang diteroka dalam sesebuah buku akademik.

REFLEKSI BAB 3 : KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Setiap pelajar memerlukan maklumat semasa melakukan sesuatu tugasan. Khalid (2000) mendefinisikan maklumat sebagai input yang diproses secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di mana ilmu pengetahuan dapat menyelesaikan masalah atau membantu membuat keputusan. Maklumat boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk seperti manusia, media elektronik, media bercetak, media tiga dimensi dan persekitaran. Saya juga telah mengetahui panduan untuk mendapatkan maklumat seperti yang dinyatakan dalam Laman Web Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM); kenal pasti maklumat yang dikehendaki, kenal pasti bentuk maklumat yang diperlukan, kenal pasti cara untuk mendapatkan maklumat berkenaan, membuat penilaian ke atas maklumat yang diperoleh dan menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan.

Para pelajar harus tahu mengurus maklumat secara sistematik supaya memudahkan pelajar untuk menggunakan maklumat tersebut sebagai rujukan ataupun ingin mengubah atau membuat penambahbaikan maklumat. Maklumat terdapat dalam dua bentuk iaitu hard copy dan soft copy. Hard copy adalah maklumat dalam bentuk bahan cetakan seperti buku, jurnal dan kamus. Manakala pula, soft copy dalam bentuk e-book, e-jurnal dan sebagainya. Dalam pada itu maklumat juga terbahagi kepada maklumat yang diperoleh secara formal dan tidak formal. Maklumat dalam facebook, blog dan diari adalah contoh maklumat yang tidak formal dan maklumat yang formal ialah maklumat dalam tesis, jurnal, laporan dan sebagainya.

REFLEKSI BAB 2 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Sebagai salah seorang pelajar di IPG, pengurusan pembelajaran amat penting supaya tugasan kerja kursus dan tugasan-tugasan yang lain tidak tertangguh memandangkan jadual kita sentiasa padat dengan aktiviti-aktiviti sama ada yang dianjurkan oleh IPG atau pihak luar. Pengurusan pembelajaran membincangkan aspek berkaitan dengan penetapan matlamat diri dan akademik, pengurusan masa, mengenali gaya pembelajaran kendiri, strategi meningkatkan ingatan dan perancangan jadual belajar. 

Saya percaya setiap insan di dunia ini mempunyai matlamat mereka yang tersendiri. Matlamat saya adalah untuk menjadi seorang pelajar IPG dan bakal pendidik. Sebagai seorang pelajar, saya hendaklah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akdemik dan sahsiah diri sesuai dengan keperluan KPM sebagai seorang bakal pendidik. Selain itu, sebagai seorang guru, ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu dikembangkan supaya dapat memenuhi keperluan pendidikan pada abad pascaglobalisasi dan pascaperindustrian kini. Matlamat akademik sebagai seorang pelajar adalah untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik. Pelajar perlu berusaha sehabis baik dalam akademik supaya boleh dijadikan bekalan dalam kerjaya pendidikan selain menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat.

REFLEKSI BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BELAJAR


Sebagai seorang pelajar PPISMP, saya telah belajar subjek Kemahiran Belajar. Tidak dinafikan bahawa ini adalah pertama kali saya belajar subjek ini. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran belajar? Kemahiran belajar dapat ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang mendapatkan pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta berlakunya perubahan tingkah laku dalam diri seseorang.Sebagai seorang bakal pendidik, kemahiran belajar amat penting kerana ini adalah proses untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya individu ini berilmu dan berkemahiran serta dapat menyalurkan ilmu yang dipelajarinya kepada murid-murid. Ini adalah kerana guru bertanggungjawab membantu setiap anak muridnya untuk meningkatkan kemahiran belajar masing-masing. 

Pada abad ke-21, kemahiran belajar kebiasaannya disebut sebagai 4C's iaitu pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berkolaborasi. Semua kemahiran ini amat membantu kami sebagai pelajar dalam pembelajaran. Mengikut keperluan Sekolah Bestari, kemahiran belajar termasuk kemahiran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, kemahiran memproses maklumat dan kemahiran menyampaikan maklumat.

  Tentang Saya Hai semua! Blog ini pada asalnya diwujudkan sebab ada kaitan dengan kerja kursus semasa belajar dulu. Nak delete blog, sayang...