Pelajar harus tahu mengambil nota yang baik dapat membantu
pelajar memahami apa yang dipelajari dan digunakan semasa mengulang aji
peperiksaan. Antara perkara yang utama ketika mencatat nota yang efektif ialah
mengetahui idea utama, mengenalpasti maklumat yang sesuai untuk ditulis,
menggunakan cara yang sesuai , menggunakan cara menulis nota bentuk grafik,
menggunakan perkataan sendiri dan mencatat sumber maklumat yang diperoleh.
Antara cara membuat nota yang biasa digunakan untuk mencatat
nota iaitu annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan. Annotation
ialah nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting, kandungan
perbincangan yang disampaikan dalam kuliah. Tujuan membuat catatan adalah untuk
mengenal pasti kandungan atau focus tajuk yang dibincangkan. Outline notes
ialah nota yang disediakan dalam bentuk points dengan menggunakan perenggan,
nombor atau perkataan. Nota ini menyenaraikan point utama dan subpoint.
Manakala pula, column notes ialah nota yang dicatat mengikut tajuk dan subtajuk
dalam satu kolum. Kolum sebelah kiri terdiri daripada idea utama atau subtajuk
manakala kolum di sebelah kanan terdiri daripada penerangan atau penjelasan
kepada tajuk dan subtajuk. Akhir sekali ialah nota rumusan. Nota rumusan ialah
nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang
dibaca atau yang didengari bukannya membuat ringkasan.