Tentang Saya


Hai semua! Blog ini pada asalnya diwujudkan sebab ada kaitan dengan kerja kursus semasa belajar dulu. Nak delete blog, sayang pulak. Jadi, saya teruskan saja untuk post sebab minat juga blogging. 

Maybe anda akan rasa certain posts dalam blog ini random. Hahahaa! Saya cuma post apa yang terlintas di fikiran.

Dan yaaa.. saya masih lagi belajar selok belok blogging. 

TAJUK-TAJUK SEJARAH TAHUN 4

Sejarah Tahun 4 bertemakan 'Sejarah Awal Negara' dan mengandungi 5 tajuk utama serta 11 unit keseluruhannya.

TAJUK 1 : MARI BELAJAR SEJARAH


UNIT 1 : SEJARAH DAN KITA
UNIT 2 : KELUARGA HARMONI
UNIT 3 : SEKOLAH KEBANGGAAN SAYA
UNIT 4 : TEMPAT TINGGAL SAYA

TAJUK 2 : ZAMAN AIR BATU

UNIT 5 : ZAMAN AIR BATU

TAJUK 3 : ZAMAN PRASEJARAH

UNIT 6 : ZAMAN PRASEJARAH

TAJUK 4 : KERAJAAN MELAYU AWAL

UNIT 7 : KERAJAAN MELAYU AWAL

TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

UNIT 8 : TOKOH TERBILANG
UNIT 9 : PARAMESWARA PENGASAS MELAKA
UNIT 10 : TUN PERAK BENDAHARA TERBILANG
UNIT 11 : HANG TUAH LAKSAMANA MELAKA

REFLEKSI BAB 10 : PENYESUAIAN SOSIAL

Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan para pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. Misalnya, penyesuaian sosial di IPG ialah pelajar mampu berinteraksi dengan orang lain di IPG  untuk memperoleh kepuasan dalam usaaha memenuhi kehendak dan keperluan IPG. Antara penyesuaian pelajar di IPG ialah dari cara belajar, kehidupan, penilaian dan pentaksiran. Penyesuaian ini memerlukan kemantapan dalam kemahiran interpersonal dan intrapersonal supaya dapat mengadaptasi suasana pembelajaran di IPG. Kemahiran interpersonal terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami perasaan seseorang individu lain. Seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran ini amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara dan golongan ini juga boleh menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan mudah.Manakala pula, kemahiran intrapersonal merupakan kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda semua. Contoh kemahiran ini iaah tingkah laku terpuji, berkeyakinan tinggi, bersifat positif, berbudi bahasa dan sebagainya.


REFLEKSI BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran,  pengujian dan penilaian. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian Formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan. Manakala pula, Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran di IPG diadakan dalam beberapa bentuk iaitu peperiksaan, kerja kursus, penilaian praktikum, penilaian Bina Insan Guru (BIG) dan penilaian gerak kerja kokurikulum. 

REFLEKSI BAB 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Sistem pengurusan pembelajaran merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu institusi pembelajaran. Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu para pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu pengetahuan, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan, ulang kaji dan peperiksaan. Sistem ini biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti, institut atau kolej. Kaedah ini amat memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di institut berkenaan. Dalam pada itu, sistem ini juga digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian dan pentaksiran pembelajaran serta mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, sistem ini amat menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar serta memudahkan para pensyarah untuk menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran.

REFLEKSI BAB 7 : APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

Perisian utility adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan mambantu memastikan kelancaran perkakasan computer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian computer adalah program-program, dokumentasi pengguna, dokumentasi sistem dan data konfigurasi. Antara perisian tersebut ialah disk scanner, disk defragmenter, virus scanner, file compression, file converter, screen capture, wireless networking tools, online file sharing and storage tools, downloading tools, presentation tools dan disc burning tools.Perisian pemprosesan perkataan adalah perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan. Ia digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting dan mencetak dokumen. 

Contohnya, MS Word. Ia digunakan untuk menaip teks, menyunting, menyediakan jadual, melukis grafik, memasukkan foto, memilih tema, carta, word art dan beberapa kemudahan yang digunakan untuk menghasilkan penulisan yang menarik.Selain itu, perisian hamparan kerja adalah perisian yang digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numerik. Ia digunakan untuk menganalisis data seperti purata, jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah. Contohnya, MS Excel.

REFLEKSI BAB 6 : KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari. Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan. Terdapat pelbagai maklumat yang perlu dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.

Maklumat dalam bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus. Tujuannya supaya data- data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas. Antara beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor ialah jadual. Jadual merupakan cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat bernombor. Graf diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor. Tujuannnya adalah supaya data-data yang diperoleh dapat dianalisiskan kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan kajian.

  Tentang Saya Hai semua! Blog ini pada asalnya diwujudkan sebab ada kaitan dengan kerja kursus semasa belajar dulu. Nak delete blog, sayang...